Thursday, May 21, 2009

16 Mei 2009

Semua yang pernah bergelar pelajar mesti tahu kan tarikh tu.Tepat!tarikh tu merupakan Hari Guru.dan kini aku menyambutnya..hee hee.Apa yang best Hari Guru ni?Dapat hadiah?No..no..no...Pada aku,ia merupakan hari bagi menghargai jasa-jasa guru yang tiada ternilai dalam mendidik anak-anak bangsa supaya lebih cemerlang,gemilang dan terbilang.Bertemakan "Guru Pembina Negara Bangsa menunjukkan betapa besarnya tanggungjawab seseorang guru dalam melahirkan anak-anak bangsa yang seterusnya bakal menerajui Malaysia.
Bergelar seorang guru,menjadikan aku seorang yang bertanggungjawab dalam mengajar dan membimbing pelajar-pelajar untuk mereka terus maju dan berjaya dalam kehidupan mereka.Sekiranya keputusan mereka meningkat,aku merasa lega dan hilang segala penat dalam mendidik mereka.Apapun,aku mengharapkan aku terus bersemangat dalam meneruskan karier aku sebagai seorang guru dan sentiasa ingin memajukan diri untuk kebaikan agama,bangsa dan negara..All the best cikgu Lanot!!!

0 comments:

Post a Comment