Wednesday, June 10, 2009

Pergi.....

Sayu terpisah
hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
berhembus angin rindu
begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu
hujan lebat mencurah kini
bagaikan tiada henti
kaulah laguku kau irama terindah
tak lagi kudengari
kau pergi.. pergi..
sepi tanpa kata
terdiam dan kaku tak daya kau ku lupa
apa pun kata mereka
biarkan kenangan berbunga di ranting usia
aizat

Thursday, May 21, 2009

16 Mei 2009

Semua yang pernah bergelar pelajar mesti tahu kan tarikh tu.Tepat!tarikh tu merupakan Hari Guru.dan kini aku menyambutnya..hee hee.Apa yang best Hari Guru ni?Dapat hadiah?No..no..no...Pada aku,ia merupakan hari bagi menghargai jasa-jasa guru yang tiada ternilai dalam mendidik anak-anak bangsa supaya lebih cemerlang,gemilang dan terbilang.Bertemakan "Guru Pembina Negara Bangsa menunjukkan betapa besarnya tanggungjawab seseorang guru dalam melahirkan anak-anak bangsa yang seterusnya bakal menerajui Malaysia.
Bergelar seorang guru,menjadikan aku seorang yang bertanggungjawab dalam mengajar dan membimbing pelajar-pelajar untuk mereka terus maju dan berjaya dalam kehidupan mereka.Sekiranya keputusan mereka meningkat,aku merasa lega dan hilang segala penat dalam mendidik mereka.Apapun,aku mengharapkan aku terus bersemangat dalam meneruskan karier aku sebagai seorang guru dan sentiasa ingin memajukan diri untuk kebaikan agama,bangsa dan negara..All the best cikgu Lanot!!!

Friday, May 8, 2009

Mother's Day!



Mama..


Angah sayang mama!

Thursday, May 7, 2009

FikiRLaH



Tiada guna cipta sebuah cerita

Kalau kisah kita sementara

Rasa hati dan langkahmu

Membuat aku keliru

Saturday, May 2, 2009

5 mei 2009

tarikh apa tu?
sebenarnya pada tarikh tu,aku ader interview untuk posting.banyak gak benda kena baca,takut gak ni..apapun,fokus kepada isu-isu semasa,ppsmi,pipp,falsafah pendidikan kebangsaan,hal ekonomi,pendidikan.selain tu,kena la tau sapa menteri pelajaran,timbalan menteri..
all da bes 4 me!!!

Tuesday, April 28, 2009

Dr J!


Siapa Dr J?ahli muzik?Jeng Jeng Jeng...

Wokeh.spesel sikit versi ni, aku nk perkenalkan sapa Dr J nie..Dr Jamalludin lebih glamor sebagai Dr J dikalangan pelajar UTM,Skudai. Well,dr j ni merupakan PA kos aku iaitu SPP masa tahun 2004-2008.

Apa yang spesel?Dr j ni seorang yang sangat spoting,caring,loving...ishk klo nak senarai memang banyak la..hee hee...
Well Dr J sangat disenangi ramai,contact la bila-bila masa pun,ader jer kelapangan mesti dapat jumpa dia.memang bes la Dr J ni...
Almost,sebulan xjumpa Dr J,juz secara maya jer tapi dapat gak hilang rindu!hehehe....Moga dapat la masa-masa akan datang dapat jumpa Dr J lagi.Kita makan ayam penyet ea! hee hee

Sunday, April 26, 2009

Tanggungjawab!

Hampir dekat sebulan 16 hari aku mengajar di SK Permatang Buloh.Dan teramat banyak benda yang dipelajari.Masa mula dapat surat dr PPD Utara,aku ditugaskan dalam bidang sains..huhuhu.sukanya rasa!Then bila kat sekolah,aku diberi tanggungjawab menjadi guru kelas 3 Bijak selain itu aku kena mengajar subjek Sains,Matematik,Bahasa Melayu,Pendidikan Jasmani & Kesihatan dan yang paling aku garu kepala, kena ajar Muzik..perghh,mencabar tul.tapi Alhamdulillah,dengan ilmu yang diperoleh selama 4 1/2 tahun di UTM aku boleh melaksanakan tugas yang diberi.

Cabaran kedua,murid-murid.biasa la kanak-kanak,aktif,suka main dan macam-macam hal lagi.Kalau sekolah menengah sikapnya agak berbeza.so far aku boleh mengawal murid-murid masa proses P&P dijalankan.

Tak lama pastu,sekolah aku katanya bakal menerima pelawat.masa tu,tiap-tiap hari balik kul 2.30pm,kalau tak kul 1.15pm dah boleh balik.bagi aku ini satu latihan yang mungkin aku boleh praktik masa keadaan sebenar bila posting.

then tiba-tiba aku menerima surat pelantikan menjadi pentaksir sekolah...huhuhuhu..terkejut + tak faham apa bidang tugas.huuuu..layannn

Sebut pasal posting,5 mei ni aku ada interview untuk posting.so far tak prepare apa-apa lagi juz fotostat benda-benda penting jer dulu.nasib baik la tempat interview hanya 5 minit dari rumah...rezeki...

Mudahan rezeki nak posting pun area penang jer la..hee hee..bukan tak mau pi jauh-jauh.kesian nak tinggal mama and abah kat rumah sebab so far ada aku n adik aku yang bongsu je...

ALL DA BEST FOR ME!!!